Penahanan kencing
Penahanan kencing

Penahanan kencing

Penahanan kencing (boleh juga dikenali sebagai sekatan kencing/urin atau penahanan urin) adalah suatu ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi kencing sepenuhnya. Permulaan masalah ini boleh berlaku secara tiba-tiba atau bertahap.[1]Sebab-sebab berlakunya penahanan kencing termasuklah sekatan di uretra, masalah saraf, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan otot pundi kencing yang lemah.[1] Apabila permulaan penahanan kencing berlaku secara tiba-tiba, gejala-gejala yang berlaku termasuklah tidak berupaya untuk membuang air kencing dan sakit pada abdomen bawah, dan apabila berlaku secara bertahap, simptom yang mungkin terjadi ialah kehilangan kawalan pada pundi kencing, sakit abdomen bawah yang rendah dan aliran kencing yang lemah. Mereka yang mengalami masalah ini bagi jangka masa panjang berisiko untuk mengalami jangkitan saluran kencing.[1]Rawatan biasanya dengan menggunakan kateter sama ada melalui uretra atau abdomen bawah. Rawatan-rawatan lain mungkin termasuklah ubat-ubatan untuk mengurangkan saiz prostat, pendilatan uretra, sten uretra atau pembedahan.[1]

Penahanan kencing

Kaedah diagnosis Jumlah air kencing yang tertinggal dalam pundi selepas dibuang
Gejala
  • Permulaan tiba-tiba: Tidak berupaya untuk membuang air kencing, sakit pada abdomen bawah
  • Jangka panjang: Kerap membuang air kecil, hilang kawalan pada pundi kencing, jangkitan saluran kencing
Rawatan perubatan penghalang alfa seperti terazosin, penyekat reduktase 5 alfa seperti finasteride
Kekerapan 6 per 1,000 setiap tahun (lelaki > 40 tahun)
Rawatan Kateter, pendilatan uretra, sten uretra, pembedahan
Pengkhususan Perubatan kecemasan, urologi
Punca Sekatan uretra, masalah saraf, pengambilan ubat tertentu, otot pundi kencing yang lemah
Nama lain Iskuria, kegagalan pundi kencing, gangguan pundi kencing
Jenis Akut, kronik